KAFE SETINGGAN LAKSA TELUR GORENG BERSARANG
TAMAN SERI BOTANI, IPOH

Sebelum ini, Ipoh terkenal dengan makanan oriental dan kopi putihnya. Kini, Ipoh semakin popular dengan keunikan laksanya yang tersendiri. Gerai Laksa Telur Bersarang merupakan pelopor laksa telur goreng di Ipoh. Ingat Ipoh, ingat laksa telur goreng bersarang.

Kebiasaannya, laksa akan ‘dijodohkan’ dengan telur rebus tetapi di Kafe Setinggan Laksa Telur Goreng Bersarang, laksa akan dimakan bersama telur goreng yang bentuknya seakan-akan sarang. Itulah kelainan yang ingin ditonjolkan pemilik gerai ini, Bid Azril.

Makan Sedap

Kuahnya memang sedap dan pekat (ala-ala kuah laksa utara). Menambahkan lagi kesedapan kuah apabila ia digandingkan dengan telur goreng yang digoreng rangup. Apabila kuah dan telur goreng bersatu, suatu nikmat yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Mana nak dapat laksa telur goreng selain di Ipoh. Anda tidak akan jumpa di Kuala Lumpur, Putrajaya, Kangar mahupun Seremban. Hanya di Taman Seri Botani, Ipoh. Selain itu, para pelanggan juga boleh mencuba memakan laksa bersama kek ikan dan bebola ikan. Pasti terangkat!

Berikut merupakan alamat lengkap:

No.1,
Jalan Margosa D/8,
Seri Margosa,
Taman Seri Botani,
Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
Telefon: 0135867886 / 0135867881

Kami menyarankan anda mencuba makan laksa telur bersarang di kafe barunya iaitu di Taman Seri Botani. Konsepnya ala-ala santai dan ruangnya agak selesa untuk menampung kapasiti yang ramai pada satu-satu masa. Mereka menggelarkan kafe mereka sebagai kafe setinggan.

Kalau nak tahu macam mana rupa kafe setinggan mereka, anda perlulah terjah Kafe Setinggan Laksa Telur Goreng Bersarang.