Laksa merupakan makanan yang menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk mengisi perut ketika cuaca panas membahang seperti sekarang. Regunya tidak lain tidak bukan, cendol ataupun ais batu campur. Makan pula di bawah pokok dengan angin sepoi-sepoi bahasa, memang nikmat dan terangkat habis.

Tetapi, definisi laksa yang sedap itu macam mana? Setiap negeri berbeza resepi dan ramuan bagi menyediakan laksa. Di Pulau Pinang, kuah laksanya yang pekat menambat selera sesiapa sahaja manakala di Perak, walaupun kuahnya cair, rasanya tetap padu dan membuatkan sesiapa sahaja ingin menambah apabila memakannya.

Bercakap tentang laksa di negeri Perak, 3 gerai laksa ini wajib anda singgah jika berkunjung ke Perak. Kalau anda tidak singgah, macam tidak lengkap pengembaraan jalan-jalan cari makan anda di Perak. Kuahnya yang menyelerakan pasti membuatkan sesiapa sahaja yang pernah mencubanya akan teringat-ingat. Selain itu, keistimewaan laksa di Perak ialah laksanya lain daripada yang lain.

LAKSA LUBUK
LUBUK MERBAU, KUALA KANGSAR

Lubuk Merbau sentiasa popular pada awal tahun kerana mencatat antara suhu yang tertinggi di Malaysia. Tetapi ada tempat yang lebih ‘hangat’ daripada suhu cuaca di Lubuk Merbau. Tidak lain dan tidak bukan ialah Gerai Laksa Lubuk.

Walaupun jauh terpencil di Lubuk Merbau dan kurang mendapat perhatian daripada publisiti media namun gerai

Makan Sedap

milik Puan Normah Binti Abdul Rahman ini ternyata mempunyai tarikannya yang tersendiri. Kalau tidak, tiadalah deretan kereta yang sanggup meredah jalan kampung yang berliku sebelum sampai ke gerai ini.Laksa dan kuah di gerai ini memang sedap dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

Seperti kebanyakan gerai laksa lain di Kuala Kangsar, Gerai Laksa Lubuk ini menggunakan tepung beras untuk membuat dan memproses laksa. Dalam kalangan penduduk tempatan, ia lebih popular sebagai laksa basah. Inilah keunikan laksa yang terdapat di Kuala Kangsar.

Berikut merupakan alamat lengkap Gerai Laksa Lubuk:

KPW Kubang Panjang,
Kampung Paya Lubuk Merbau,
Kuala Kangsar,
Perak Darul Ridzuan.
Telefon: 05-7768875

Bagi kuahnya pula, walaupun cair tetapi rasanya tetap enak dan isi ikannya masih terasa apabila menghirup kuahnya. Perkara yang membuatkan Gerai Laksa Lubuk ini lain daripada lain adalah penggunaan dapur kayu. Aroma dan bau asap daripada dapur kayu itu yang membangkitkan keenakan rasa kuah laksa di gerai ini.

Sambung Gerai Laksa ke 2