Ketika bersahur, kalau boleh kita mahu makan makanan yang boleh memberi tenaga sepanjang hari ketika di dalam bulan puasa.

Untuk mengelakkan diri daripada cepat berasa lapar, kita boleh mengambil 3 jenis makanan ini ketika bersahur. Ia bukan sahaja memberi tenaga, tetapi juga membuatkan perut kita berasa cepat lapar.

3 jenis makanan ini, diambil daripada laman web www.veedo.my:

Oatmeal

Amalkan makan oat ketika bersahur. Oat dapat membekal tenaga yang mencukupi untuk menghadapi puasa sepanjang hari. Tambah buah-buahan seperti strawberry, blueberry dan raspberry untuk menambah selera ketika bersahur.

(Kredit gambar: Google)

Nasi dan sayur

Bagi yang tidak mahu makan terlalu berat ketika bersahur, boleh ambil makanan seperti nasi dan sayur. Dengan kandungan karbohidrat yang tinggi, nasi dan sayur memberikan tenaga yang berpanjangan.

(Kredit gambar: Google)

Sup Sayur – Sup Ayam – Sup Daging

Makanan berbentuk sup boleh diambil jika berasa susah nak makan ketika bersahur. Kerana, makanan berbentuk sup sangat berkhasiat.

(Kredit gambar: Google)