Rakyat Malaysia hari ini terlalu kreatif dalam mempelbagaikan citarasa makanan. Malah, ianya lebih sedap dan unik berbanding resipi yang asal. Anda sedar tak ada beberapa jenis makanan tempatan yang mempunyai kombinasi yang sungguh unik tapi sangat sedap dan boleh diterima tekak?

Kami senaraikan 4 jenis makanan unik dan kreatif yang dicipta oleh rakyat Malaysia.

1. Roti Canai Warna-Warni

Ehsan daripada www.food.detik.com

Ehsan daripada www.food.detik.com

Cantikkan roti canai ni dengan macam-macam warna ada? Melalui info yang dikongsikan, setiap warna mempunyai rasa yang berlainan:-

Biru: Perisa Vanila
Hijau: Perisa Pandan
Kuning: Perisa Pisang

Lokasi kedai ini terletak di Kampung Mak Lagam, Kemaman, Chukai, Terengganu. Sekali sekala bolehlah cuba roti canai meriah ni sebab dia punya perisa yang sangat menarik seperti vanilla.

2. Karipap Inti Bihun

Ehsan daripada www.lekatlekit.com

Ehsan daripada www.lekatlekit.com

Kebiasaannya, bahan utama inti karipap ialah daging dan kentang. Ubi kentang sering digunakan sebagai inti karipap, adakalanya inti ubi keledek juga turut digunakan. Tetapi bagaimana pula rasanya apabila bihun dijadikan sebagai inti karipap? Ramai yang cakap karipap jenis ni memang popular dekat Sabah. Kombinasi yang sangat menarik dan kreatif.

3. Popia Pisang

Ehsan daripada www.whatihavecooked.blogspot.com

Ehsan daripada www.whatihavecooked.blogspot.com

Terliur kan tengok popia pisang ni? Hihi. Biasanya popia yang kita makan tu digoreng dengan sayur dan dibalut dengan kulit popiah serta dicicah dengan sos. Tapi resipi popia pisang ini sangat unik sebab ianya cepat, mudah dan murah. Anda tak perlu cicah dengan apa sos pun sebab makanan ni dah memang manis.

6. Yong Tau Foo Pasu

Ehsan daripada www.tokeinfo.com

Ehsan daripada www.tokeinfo.com

Hahahaha. Kreatif gila lah rakyat Malaysia ni. Tahulah dah ada aiskrim pasu tapi takkan semua benda nak dipasukan? Haha.

Sumber: http://sajakongsi.com/6-jenis-makanan-unik-dan-kreatif-dicipta-oleh-rakyat-malaysia/