Kembara mencari steak, lamb chop dan chicken chop yang halal dan sedap dengan harga berpatutan. Itulah kriteria kedai makan western yang kami cari dan kami kongsikan khas untuk anda yang sukakan makanan barat.

 

1. Eye’s Steak

Ehsan daripada www.jommiklan.com

Ehsan daripada www.jommiklan.com

Eye’s Steak baru saja dibuka di Pantai Dalam beberapa bulan lalu. Terletak di Pantai Dalam, antara sajian istimewa mereka ialah Chicken Boxing, Burger Chicken Chicken Chop Bun dan Ribs Eye. Saiz hidangan di restoran ini juga agak besar, memang puas hati kalau makan di sini.

Bagi mereka yang ingin menikmati makanan barat dengan bajet berpatutan, disarankan berkunjung ke sini kerana tagline kedai ini pun “Rasa Restoran, Harga Kedai” menjaminkan yang dompet anda takkan koyak jika menjamu selera di sini.

Beef steak: RM11, Chicken Chop: RM7.50, Lamb Chop (dan nasi): RM13.50

Alamat: GM5-09 & 10, Bazaria Pantai (Jalan Pantai Permai 2), 59200 Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Telefon: 017-2563283

 

2. Toowomba Deli & Meats Steak House

Ehsan daripada www.ezrinkahar.blogspot.com

Ehsan daripada www.ezrinkahar.blogspot.com

Kedai makan dengan nama yang unik ini antara kedai makan western mampu beli yang memasukkan Wagyu dalam menu mereka. Daging Wagyu adalah bahagian daging terbaik dari baka lembu yang juga terbaik, jadi harganya biasanya adalah mahal. Kalau di Me’nate harga Wagyu ialah lebih RM200 mengikut timbangan. Tetapi di sini, harganya cuma RM110.90 untuk jenis Sirloin dan RM122.90 untuk jenis Ribeye.

Selain dari Wagyu, antara menu istimewa lain ialah Seafood Platter, Steak Sandwich dan Lamb Rack.

Striploin steak: RM22.90, Chicken Chop: RM18.90, Lamb Chop: RM21.90

Alamat: G 3A PV128 Jalan Genting Klang Setapak, Kuala Lumpur.

Telefon: 03-41319006

 

3. Top Steak House

Ehsan daripada www.opensnap.com

Ehsan daripada www.opensnap.com

Apa yang istimewanya Top Steak House ini ialah ia mempunyai sehingga 60 pilihan menu yang boleh anda pilih jika anda berkunjung ke sini. Ramai yang mengatakan rasa pedas sos barbeku pada setiap hidangan di restoran ini memukau selera pelanggan.

Menu di Top Steak House terbahagi kepada lima kategori iaitu ayam, ikan, daging lembu, daging kambing dan hidangan masakan Itali. Kalau anda hendak memesan menu makanan laut pula, tempahan sehari sebelum adalah digalakkan untuk mengekalkan kesegaran makanan.

Steak Tulang T: RM26.90, Chicken Chop: RM8.90, Mixed Lamb Chop: RM16.90

Alamat: No. 2, Jalan Tasik Utama 10, Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur

Telefon: 017-3504055/013-3883891

 

4. Fiske Steakhouse

Ehsan daripada www.askme.com.my

Ehsan daripada www.askme.com.my

Saiz hidangan makanan di Fiske Steakhouse bersaiz besar dan lebih daripada berbaloi dengan harganya yang murah. Pemilik restoran ini, Shamsul Kamal dahulunya seorang chef di Shangri-La Hotel Kuala Lumpur, jadi tidak perlu risau dengan kualiti menu yang terhidang di kedai makan ini.

Menu istimewa di Fiske Steakhouse ialah Bread Butter Pudding dengan sos Karamel dihidangkan dengan aiskrim, dan Spagetti Bolognese. Selain makanan barat, Fiske Steakhouse juga ada menjual asam pedas Melaka. Jika anda tak boleh terima makanan mat salleh, bolehlah cuba asam pedas mereka. Dengarnya, boleh tahan sedap! LayariFacebook Fiske Steakhouse untuk info lanjut.

Special Beef Steak: RM16.00, Chicken Chop: RM11.90, Lamb Chop: RM10.00

Alamat: No. K4, Medan Selera AU2 (Jalan AU 2C/6), Taman Desa Keramat, Kuala Lumpur.

Telefon: 017-2121649

 

Kalau anda mencuba semua yang disenaraikan ini, selepas telan di mulut pasti akan tenang di perut.

Sumber: http://says.com/my/seismik/9-kedai-makan-western-yang-halal-di-lembah-klang-selangor