Tidak kira di mana sahaja anda berada, bercuti atau sebagainya, pasti anda akan mencari restoran atau kedai yang menjual pelbagai jenis makanan enak untuk anda nikmati. Apatah lagi kalau anda sedang bercuti ke sesuatu tempat yang anda tidak pernah atau tidak sering lawati. Jika negeri Perak ada dalam senarai lokasi yang ingin anda lawati, terdapat beberapa lokasi tempat makan yang harus anda kunjungi dan boleh di jadikan panduan.

Restoran Simpang Tiga

Ehsan daripada www.restoransimpangtigaipoh.blogspot.com

Ehsan daripada www.restoransimpangtigaipoh.blogspot.com

Lokasi : D-G, Green Town Square, Jalan Dato’ Seri Ahmad Said, 30450 Ipoh, Perak

No Tel : 05-2551180

Restoran Simpang Tiga menawarkan masakan padang terbaik dari Indonesia. Terdapat pelbagai jenis lauk di hidangkan yang boleh anda pilih dan nikmati. Selain itu, anda juga boleh memilih menu lain seperti set nasi padang, nasi ayam penyet dan sebagainya. Turut disajikan makanan western dan chinese.

Restoran Nasi Vanggey

Ehsan daripada www.perak.travelin360.com

Ehsan daripada www.perak.travelin360.com

Lokasi : Greentown Business Centre, 30450 Ipoh, Perak

No Tel : 05-2456786

Restoran Nasi Vanggey sangat dikenali oleh penduduk sekitar Ipoh, menu nasi vanggey atau dikenali sebagai nasi ganja merupakan sajian utama restoran ini yang sering mendapat perhatian pengunjung. Ramai yang mengatakan hidangan ayam gorengnya adalah yang terbaik setakat ini kerana menggunakan resepi istimewa.

Restoran Mee Udang & Ketam Sempoi Diraja

Ehsan daripada www.www.utusan.com.my

Ehsan daripada www.www.utusan.com.my

Lokasi : No 51, Lorong Sungai Choh 10, Taman Tanjung Perdana Ulu Kinta, Tanjung Rambutan 31150 Ipoh, Perak

No Tel : 019-4664816

Restoran Mee Udang Ketam Sempoi Diraja menyajikan pelbagai jenis masakan seafood yang terdiri daripada bermacam jenis ketam, udang dan ikan yang segar. Untuk makan, anda hanya perlu pilih, timbang dan kakitangan restoran akan memasaknya untuk anda. Dimaklumkan bahawa harga setiap sajian mengikut saiz dan berat serta harga pasaran.

Restoran Mee Rebus Ramli

Ehsan daripada www.chingchailah.blogspot.com

Ehsan daripada www.chingchailah.blogspot.com

Lokasi : No. 767, Taman Tasik Jaya, Jalan Kuala Kangsar, 31400 Ipoh, Perak

No Tel : 017-5494055

Jika anda penggemar mee rebus, jangan ragu-ragu untuk ke Restoran Mee Rebus Ramli. Mee Rebus Ramli sangat terkenal di kalangan penduduk Ipoh. Ramai berpendapat bahawa mee rebus ini adalah yang terbaik dan menjadi kesukaan ramai kerana ia disajikan dengan kuah yang pekat bersama cucur yang enak menjadikan rasa mee rebus tersebut begitu sempurna.

Restoran Daud Mat Jasak

Ehsan daripada www.halalishnoms.blogspot.com

Ehsan daripada www.halalishnoms.blogspot.com

Lokasi : Jalan Datuk Onn Jaafar, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak

No Tel : –

Jika anda mencari keunikan makanan di Ipoh, Jangan lupa untuk singgah di Restoran Daud Mat Jasak kerana mereka menawarkan makanan asli Ipoh yang boleh anda dapati seperti mee kari, mee kicap yang dihidangkan bersama taufu sup yang boleh dipilih sendiri isinya dan mee sup. Ia adalah antara hidangan yang amat terkenal di restoran ini.

Sumber: http://www.sini.com.my/business/lgmdiningPostDetail/9682