Bagi penggemar ayam goreng, kami mahu kongsikan ayam goreng yang masih rangup walaupun sudah sejuk. Jika masih ‘panas’, lagi bertambah-tambah rangupnya ayam goreng ini.

Menurut Kay Zex, pengguna Facebook mengatakan KZ Fried Chicken adalah keluaran produk fried chicken yang terkenal di Perlis. Dengan ramuan tepung ayam goreng tersendiri, menjadikan ayam goreng KZ sentiasa rangup walaupun sudah sejuk.

KZ Fried Chicken dikeluarkan oleh Kimie Z HQ. Individu yang bertanggungjawab memperkenalkan jenama KZ Fried Chicken ini lebih dikenali sebagai Kak Kin.

Pada bulan Ramadhan yang mulia ini, jika mahu berbuka dengan ayam goreng daripada KZ Fried Chicken, boleh beli di Pasar Malam Jejawi.

(Kredit gambar: Facebook profile Laika Ika)