Author: Asmawi Hadzri

Meleleh Air Liur Melihat Kelapa Lelehhhh Kampar

Seorang jururawat telah melupakan hasratnya untuk berkhidmat di Arab Saudi selepas mencetuskan fenomena Kelapa Lelehhhh yang mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan termasuk yang datang dari luar Perak. Hasni Farlina Mohd Sani, 33 sebelum itu telah terbang ke Arab Saudi untuk bekerja sebagai jururawat di sana. Namun demi kecintaan terhadap bidang perniagaan dan ingin meneruskan legasi keluarga, dia melupakan impiannya untuk bergaji besar dengan bekerja di sana. Gerai  Kelapa Lelehhhh KampoR terletak di No.1 Gerai Pertanian Jalan Iskandar Kampar, berhadapan dengan Masjid An-Nur Kampar dan gerai ini juga berhampiran dengan jalan susur untuk ke Teluk Intan dan bersebelahan jalan utama menuju ke...

Read More

Nah Resipi Asam Laksa Penang, Makanan Ketujuh Tersedap Di Dunia

Wow, betul ke berita ini? Percayalah berita ini memang benar. Penarafan ini berdasarkan tinjauan yang dilakukan oleh CNN. Bangganya rasa sebagai anak Malaysia. Malaysia sememangnya syurga makanan pun. Malaysia Boleh!   Nah kami kongsikan resipi Asam Laksa Penang untuk anda.   Bahan – Bahan Kuah Lebih kurang 1 kg ikan kembung ( penang kata ikan termenung. Pakai sardin boleh juga) Cili kering, cili merah ikut citarasa, bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai dan belacan dikisar halus.  Nenas yang dipotong dadu (ikut citarasa) 3 keping asam gelugur.  Jus air asam jawa (ikut citarasa) Dua kuntum bunga kantan ( dibelah dua)...

Read More

Nyamannya Laksa Sarawak, Ini Resepi Rahsianya Khas Untuk Anda

‘Nyaman’ dalam bahasa Sarawak bermaksud sedap. Kalau bahasa Melayu, nyaman lebih sesuai digunakan untuk ayat ‘menghirup udara yang nyaman dan damai’. Jangan hairan kalau terdengar orang Sarawak memuji makanan dengan menyebut ‘nyamannya makanan ni’. Jangan terkejut ya! Bagi yang belum pernah merasai laksa Sarawak, cubalah sekali, anda pasti nak lagi dan terbayang-bayangkannya. Berbanding laksa lain, laksa Sarawak menjanjikan rasa kuah yang lebih rasa rempah, pedas dan berlemak. Menambahkan lagi kesedapannya apabila disulami dengan sambal belacan dan masam-masam limau kasturinya. Tak rugi mencubanya, nah kami kongsikan resepi rahsia kesedapan laksa Sarawak. Bahan-bahan laksa: Bihun (dicelur dan ditoskan) Isi ayam (digoreng lebih sedap)...

Read More

Ketika Semua Barang Naik, Kedai Ini Bertahan Jual Nasi Kerabu RM1, Murah & Sedap

Ketika ramai peniaga menaikkan harga makanan disebabkan kenaikan kos bahan mentah, masih ada peniaga menjual nasi dengan harga RM1 sepinggan. Harga yang murah itu menjadikan kedai Rohani Zakaria di Kampung Kubang Batang, Tumpat, Kelantan, menjadi tumpuan segenap lapisan masyarakat untuk menikmati sarapan pagi. Rohani atau lebih mesra dipanggil Kak Ani berkata, pelbagai menu ditawar di kedainya seperti nasi gulai ayam, nasi gulai ikan tongkol, ayam goreng dan ayam masak pedas yang dijual dengan harga RM1 sehingga RM3 sepinggan. Menurutnya, hidangan paling murah adalah nasi kerabu apabila dijualnya dengan harga RM1 sepinggan. “Tetapi jika ada pelanggan yang mahu lauk tambahan...

Read More

Sesungguhnya Dalam Kerugian Jika Tidak Mencuba Resipi ‘Martabak Cina’ Yang Dapat 8,169 Shares

Dunia masakan memang unik dan penuh dengan misteri. Daripada bahan-bahan asas boleh bertukar kepada beribu-ribu jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa. Itulah keajaibannya. A + B + C sama dengan Ais Batu Campur (itu hanya gurauan). Sebagai contohnya, dengan menggunakan pisang sebagai bahan asas, anda boleh memasak pelbagai resipi seperti pengat pisang, gulai pisang, ais krim pisang belah dan pelbagai resipi lain mengikut kreativiti dan budaya masing-masing. Sesungguhnya Malaysia sangat bertuah dengan limpahan makanan yang sedap dan menyelerakan disebabkan kepelbagaian kaum yang menambahkan lagi rencah dalam masakan dan makanan di Malaysia. Kalau orang Melayu berbangga dengan gulai...

Read More

Makan Sedap TV

Loading...

Pin It on Pinterest