Bronok hidangan wajib jika anda ke Langkawi

Langkawi bukan sahaja terkenal sebagai tempat pelancongan malah ia terkenal dengan makanan uniknya yang tersendiri iaitu sejenis hidupan laut yang sukar ditemui di tempat-tempat lain. Salah satu daripadanya ialah bronok Nama saintifiknya “Acaudina molpadioides” merupakan makanan eksotik yang sangat istimewa bagi penduduk pulau lagenda ini. Ia seringkali disajikan sebagai kerabu oleh rakyat tempatan. Bronok ialah spesies hidupan laut yang hidup di kawasan pantai yang berselut. Rupa fizikalnya kelihatan seakan-akan gamat ataupun timun laut. Tekstur kulitnya sangat licin dan lembik seperti sotong dan terdapat dalam beberapa warna antaranya coklat kehitaman atau merah muda. Selain licin dan lembik, isinya juga sangat kenyal...

Read More