Author: Ahmad Shafeq

Nasi Lemak Ayam Goreng Kegemaran Tun Mahathir di Petaling Jaya

NO. #4 MAKAN SEDAP POPULAR DI PETALING JAYA, SELANGOR Nasi Lemak merupakan makanan kegemaran bagi kebanyakan rakyat Malaysia. Boleh dikatakan setiap hari pasti ada peniaga yang menjualnya di merata-rata tempat termasuklah di Village Park Restaurant ini. Menu utama di restoran ini ialah Nasi Lemak Ayam Goreng. Ia merupakan menu kegemaran pengunjung setiap kali datang ke sini termasuklah Tun Mahathir. Boleh dikatakan setiap hari pasti restoran ini sesak dengan pelanggan. Nak order pun kena beratur. Nak bayar pun kena beratur. Bayangkanlah betapa ramainya orang yang datang ke restoran ini semata-mata nak makan nasi lemak ayam goreng ini. Bila ditanya kepada...

Read More

Rahsia Sate Kajang Hj Samuri 26 tahun menempa sejarah

NO. #3 MAKAN SEDAP POPULAR DI KAJANG, SELANGOR Allahyarham Dato Hj Samuri Bin Hj Juraimi merupakan pengasas bagi Sate Kajang Hj Samuri yang terkenal di Malaysia. Beliau dilahirkan pada 25 Julai 1944 di Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang, Selangor. Beliau mula berjinak-jinak dalam perniagaan sate sejak berusia 13 tahun lagi. Ketika itu beliau menumpang di rumah bapa saudaranya Hj Tasmin Sakiban. Setiap hari selepas waktu sekolah, beliau akan menolong Hj Tasmin berniaga sate sehinggalah beliau tamat persekolahan pada tahun 1963. Walaupun sudah mendapat kerja tetap, beliau masih membantu Hj Tasmin berniaga sate sehinggalah beliau berhenti kerja pada tahun 1987....

Read More

Nasi Kerabu, Nasi Dagang dan Sate tersedap di Seksyen 10 Shah Alam

No. #2 Makan Sedap Popular di Shah Alam, Selangor Sajian Nasi Kerabu adalah menu utama sarapan pagi di Restoran Hatinie. Sejak Restoran Hatinie ini diasaskan pada tahun 1982, ia menjadi daya tarikan pengunjung untuk datang ke restoran ini. Pemiliknya bernama Wan Norhatinie Wan Pa telah berjaya menaikkan jenama Restoran Hatinie sehingga dikenali ramai. Beliau sudah lama berkecimpung dalam industri makanan. Tidak hairanlah sekiranya beliau berjaya dalam industri makanan kerana beliau mempunyai Ijazah Sains Teknologi Makanan dari Universiti Putra Malaysia. Restoran Hatinie terletak berdekatan dengan ‘Masjid Biru’ di Seksyen 10, Shah Alam iaitu Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz. Nasi Kerabu...

Read More

Dikatakan “Pakar Hidangan Patin Tempoyak No. 1 di Malaysia”

No. #1 Makan Sedap Popular di Shah Alam, Selangor Hai peminat Patin Tempoyak!!! Nak rasa masakan Gulai Tempoyak Ikan Patin yang dimasak mengikut adunan resipi asli masakan kampung? Kini anda tidak perlu lagi ‘travel’ hingga ke Temerloh semata-mata untuk merasa masakan ini kerana di Shah Alam pun sudah ada Restoran yang menyajikannya. Berpengalaman lebih dari 15 tahun dalam masakan kampung dari Negeri Pahang, restoran ini boleh dikatakan Pakar dalam sajian Patin Tempoyak.   Haa…inilah tempatnya. Temerloh Catering. Premis yang terletak di Seksyen 15, Shah Alam. Bangunannya berwarna merah dari jauh sudah nampak.   Restoran ini juga mempunyai banyak cawangan...

Read More

Makan Sedap TV

Loading...

Pin It on Pinterest