Baru balik dari hatyai ni.. Belum lagi sampai rumah.. Dah terliur dengan tomyam asli siam yg Azuma makan di restoran Kelantan@Hatyai berada di hujung Hindra Road, Thanon Sangchan.

Yang ini.. Tidak macam tomyam yang kita biasa beli di kedai kedai makan di malaysia yang ada kalanya penuh dengan serat bawang dan serai tapi sedikit seafood.

Yang ini.. Pergh! Kelikatan kuah tomyam nya memang mariii.. Cukup rasa masam pedas dan aroma bau tomyam memang susah nak lupa. Isinya pula.. Mkn makan..ada lagi sotong.. Udang.. Uhuhu.. 60bhat je.

Kalau anda minat tomyam dan merancang ke hatyai.. Jangan lupa cari restoran kelantan. Tidak jauh dari Lee garden plaza je. Satu lagi…

bubur nasi Udang

Dua kali azuma terjebak makan bubur nasi udang di restoran makanan halal sulaiman.

Azuma jarang la makan bubur nasi.. Tapi kali ini terus jatuh cinta.. bukan dengan taukenya ya.. Dengan bubur nasi ala siam yang dimasak dengan udang dan sup telur dan ditambah dengan lada sulah serta daun ketumbar yang menaikkan selera serta menghilangkan bau hanyir udang dan lemak telur.

Eh! Yang ini memang terbaik dari air tangan siam. Restoran sederhana dengan makanan halal dan harga berpatutan.
Hanya 50bhat semangkuk yang mengenyangkan.

Ada yg nak ke Hatyai ke? Nak ikoottttttt… !!!