Dekat mana restoran makanan laut yang paling best dan sedap sekitar Selangor? Jangan ingat di Selangor tiada makanan laut yang sedap dan terbaik ya! Ini senarai 5 restoran makanan laut terbaik di Selangor daripada kami buat anda semua:

1. Aroma Ikan Bakar, Pantai Jeram, Kuala Selangor

Ehsan daripada www.saji.my

Ehsan daripada www.saji.my

Rata-rata yang datang ke sini memberikan respon yang baik. Menariknya restoran ini menghadap laut, jadi kalau nak tengok matahari terbenam, di sini memang cantik. Tempat besar dan mempunyai pelbagai pilihan makanan laut, harga juga murah, sedap dan semestinya berbaloi. Bila datang, mesti cuba ketam masak cili, udang tumis petai dan macam-macam lagi.

  • Aroma Ikan Bakar, Jalan Pantai Jeram, Jeram, Selangor 

2. Restoran Putera Ayu, Shah Alam

Ehsan daripada www.mahamahu.com

Ehsan daripada www.mahamahu.com

Menariknya restoran ini pernah keluar di rancangan Jalan Jalan Cari Makan jadi sudah semestinya makanannya sedap dan enak sekali. Mempunyai pelbagai pilihan. Tomyam seafood di sini sedap dan pekat, sotong bakar berempah, siakap bakar dan juga pencuci mulut bahtera ayuice cream, lagi satu air minuman istimewamango special dan honeydew special.

  • Jalan Padang Jawa (Padang Jawa), Shah Alam, Selangor

3. Restoran Terapung HM Sri Bagan

Ehsan daripada www.ekahafizy.blogspot.com

Ehsan daripada www.ekahafizy.blogspot.com

Restoran ini berkonsepkan terapung, tempat terbaik untuk lihat matahari terbenam. Makanan laut kesemuanya segar dan menyelerakan. Malah, harga setiap makanan laut juga murah dan berpatutan. Jika ke sini, anda mesti cuba ikan siakap bakar, pepahat masak cili, kerang masak serai, ikan kerapu masak stim asam boi dan juga ketam masak berempah.

  • Pantai Perkhemahan Bagan Lalang, 43950 Sungai Pelek, Sepang, Selangor.
  • No. Telefon : 03-31412895

4. Restoran Nur Cahaya Seafood, Pantai Remis, Kuala Selangor

Ehsan daripada www.wanista.com

Ehsan daripada www.wanista.com

Restoran ini terletak betul-betul di tepi laut. Mempunyai banyak menu dan pelbagai jenis makanan laut yang segar dan harga juga berpatutan. Jika anda sudah pilih makanan laut, cuba antara menu ini udang goreng kunyit, lala masak tiga rasa, ketam masak sweet sour, sotong goreng tepung, mentarang masak halia, ikan siakap bakar.

  • Pantai Remis, Jeram

5. Seafood@River View, Kuala Selangor

Ehsan daripada www.tripadvisor.com

Ehsan daripada www.tripadvisor.com

Boleh dikatakan tempat yang paling enak menyajikan makanan laut dari ketam. Di sini anda boleh lihat kelip-kelip sambil menikmati hidangan, memang cantik. Apa yang menarik dan best di sini, lala masak cili, udang butter,sotong masak Thai, dan yang paling the best ialah crab with milk.

  • 1. Jalan Besar, Pasir Penambang, Kuala Selangor, 45000, Kuala Selangor, Selangor, Malaysia
  • +60 3-3289 2238

Sumber: http://www.wanista.com/10-restoran-makanan-laut-paling-sedap-di-sekitar-kuala-lumpur-selangor/