Sedapnya Nasi Ayam Bakor di Gerai #dapurkome.

—01

Seminggu dua ini agak popular di dalam laman Group Facebook ‘IPOH IPOH AJERR’ dimana netizen di Ipoh membicarakan kewujudan Nasi Ayam Bakor yang terletak di gerai #dapurkome, Jalan Rapat Jaya, Kampung Sungai Rapat, Ipoh. Kesan daripada ‘viral’ netizen itu, saya mendapati jualan Nasi Ayam Bakor ini sangat laris dan sentiasa kehabisan sebelum jam 1 tengahari lagi.

“saya mendapati jualan Nasi Ayam Bakor ini sangat laris dan sentiasa kehabisan sebelum jam 1 tengahari lagi. Sungguh teruja!”

—02

Untuk tidak ketinggalan merasai sendiri ‘kemeriahan’ Nasi Ayam Bakor ini, saya cuba untuk membelinya pada jam 12 tengahari. Seperti dijangka, pembeli sudah mula berpusu-pusu menunggu giliran untuk mendapatkan Nasi Ayam Bakor ini.

Harga untuk sebungkus Nasi Ayam Bakor ini berharga RM5 berserta dengan 3 pilihan minuman percuma. Pembeli juga boleh memilih bahagian ayam yang digemari antaranya bahagian peha, kepak dan dada.

—03

Setelah mencuba sebungkus Nasi Ayam Bakor ini, ternyata pilihan saya adalah tepat. Rasa Nasi Ayam Bakor ini agak lain daripada nasi ayam lain yang pernah saya rasa. Ayam bakarnya jelas terasa manis dan ditambah pula dengan kicap dan sos cili yang dicipta khas dengan resipi tersendiri.

Air yang disediakan pula sangat ‘kaw’ dengan rasa buah asli. Saya memilih air lobak merah susu (karot susu) sebagai pilihan menjamu selera bergandingan dengan Nasi Ayam Bakor.

Pengguna yang berminat untuk mencuba Nasi Ayam Bakor ini boleh datang dan dapatkan ia sendiri. Pastikan datang awal sebelum ia kehabisan.

Nasi Ayam Bakor @ #dapurkome
Lokasi : Kampung Melayu Sungai Rapat, 31350, Ipoh, Perak.

Map lokasi Nasi Ayam Bakar