Wow, betul ke berita ini? Percayalah berita ini memang benar. Penarafan ini berdasarkan tinjauan yang dilakukan oleh CNN. Bangganya rasa sebagai anak Malaysia. Malaysia sememangnya syurga makanan pun. Malaysia Boleh!
 
Nah kami kongsikan resipiAsam Laksa Penanguntuk anda.
 
Bahan – Bahan Kuah
  • Lebih kurang 1 kg ikan kembung ( penang kata ikan termenung. Pakai sardin boleh juga)
  • Cili kering, cili merah ikut citarasa, bawang merah, bawang putih, lengkuas, serai dan belacan dikisar halus. 
  • Nenas yang dipotong dadu (ikut citarasa)
  • 3 keping asam gelugur
  • Jus air asam jawa (ikut citarasa)
  • Dua kuntum bunga kantan ( dibelah dua)
  • Daun kelsom ( ikut citarasa)
  • Air secukupnya.
  • Satu sudu besar tepung jagung (untuk likatkan kuah)
  • Garam, gula dan perasasecukupnya.
Bahan – Bahan Lain
  • Sebungkus laksadirendam dan dicelur.
  • Rencah untuk laksa seperti bawang besar, cili padi, timun, daun selomdan daun salad.(dihiris halus)
  • Hirisan limau kasturi(untuk rasa kuah lebih masam)
  • Telur direbus.
Cara memasak kuah:  
  1. Siangkan ikan dahulu, cuci sebersihnya dan direbus. Air rebusan jangan dibuang.
  2. Asingkan isi dengan tulang. Isi ikan dikisar sekejap. Tulang ikan pula dikisar sehingga hancur kepalanya.
  3. Masukkan isi dalam periuk dan tapis air rebusan dan air tulang ikan tadi.
  4. Kemudian, masukkan semua bahan kisar dan nenas.
  5. Biar sehingga mendidih barulah dimasukkan asam gelugur, jus asam jawa dan air secukupnya.
  6. Masukkan belahan bunga kantan dan daun kelsom.
  7. Akhir sekali masukkan serbuk perasa, gula dan garam secukup rasa. Biar mendidih lama sedikit dan bolehlah tutupkan apinya.
 Cuba jangan tak cuba, makanan ketujuh terlazat di dunia tahu tak!
Sumber: http://puankutu.blogspot.my/2011/10/mengidam-laksa-asam-cina-penang.html