NO. #4 MAKAN SEDAP POPULAR DI PETALING JAYA, SELANGOR

Nasi Lemak merupakan makanan kegemaran bagi kebanyakan rakyat Malaysia. Boleh dikatakan setiap hari pasti ada peniaga yang menjualnya di merata-rata tempat termasuklah di Village Park Restaurant ini.

Menu utama di restoran ini ialah Nasi Lemak Ayam Goreng. Ia merupakan menu kegemaran pengunjung setiap kali datang ke sini termasuklah Tun Mahathir.

Nasi Lemak Ayam Goreng

Boleh dikatakan setiap hari pasti restoran ini sesak dengan pelanggan. Nak order pun kena beratur. Nak bayar pun kena beratur. Bayangkanlah betapa ramainya orang yang datang ke restoran ini semata-mata nak makan nasi lemak ayam goreng ini.

Bila ditanya kepada pelanggan, rata-rata mencadangkan menu Nasi Lemak Ayam Goreng ini. Ia dimiliki oleh pasangan suami isteri cina muslim.

Lokasi Restoran Village Park ini terletak di Uptown Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Keistimewaan Nasi Lemak Ayam Goreng Village Park

Keistimewaan nasi lemak di restoran ini ialah pada Ayam Goreng yang disalut dengan adunan rempah yang rangup di luar dan ‘juicy’ di dalam. Kulit dan isinya tidak terlalu keras. Apabila isinya ditarik, ia sangat lembut. Tidak sama dengan ayam rempah di tempat-tempat lain.

Aroma nasi lemak dari beras wangi dan santan mampu membangkitkan selera untuk menikmatinya. Sambal tumisnya rasa manis dan tidak terlalu pedas. Ia sangat sesuai dimakan oleh kanak-kanak atau sesiapa yang tidak tahan pedas.

Ia dihidangkan di dalam pinggan leper yang beralaskan daun pisang. Gandingannya adalah separuh telur rebus, kacang, timun dan ikan bilis.

Walaupun harga sepinggan nasi lemak di sini agak mahal sedikit dari tempat-tempat lain, namun ia sangat berbaloi bagi anda yang belum pernah merasainya.

Kebanyakan pelanggan tetap yang hadir ke sini kebiasaannya dari bangsa melayu, cina dan india. Meriah sungguh.

Variasi Menu

Selain dari Nasi Lemak berlaukkan Ayam Goreng berharga RM10.40, terdapat lauk-lauk tambahan lain yang anda boleh padankan dengan Nasi Lemak seperti Ayam Rendang RM6.00, Daging Rendang RM6.00, Sotong RM6.00, Kerang RM6.00, Udang RM5.50 dan Kambing RM6.00. Nasi Lemak kosong tanpa lauk berharga RM3.50.

Menu lain yang anda harus cuba bila datang ke restoran ini ialah Set Nasi Dagang RM7.90 dan Milo Dinasaur (Milo tabur bersaiz besar), Roti Bakar dengan mentega dan kaya RM2.80 serta 2 biji Telur Separuh Masak RM2.50.

Sajian Istimewa

Antara menu lain yang ada di restoran ini ialah Mee Udang Penang RM7.90, Asam Laksa RM7.90, Mee Rebus Singapore RM7.90, Lontong RM6.80, Soto Ayam RM7.90, Mee Kari RM7.90.

Terdapat pelbagai juadah kuih muih tradisi seperti kuih koswi, pulut udang, kuih gula melaka, popia dan banyak lagi.

Tips kalau nak makan di sini dengan tenang, datanglah awal pagi dalam pukul 7:30 pagi – 9:00 pagi. Minta kepada pekerja ayam yang cukup masak.

Sekiranya anda dapat ayam goreng yang kurang masak, anda boleh tukar. Tapi pastikan ayam tersebut belum dijamah atau diusik isinya. Minta kerak rempah dan sambal lebih. Untuk sambal lebih, anda akan dicaj sebanyak RM0.80 sahaja.

Konsep pesanan di restoran ini ialah anda cari tempat duduk yang sesuai dan panggil pekerja restoran untuk ambil tempahan menu.

Anda boleh pilih sama ada makan di ruang berhawa dingin di sebelah dalam atau di ruang terbuka di luar. Tapi kalau anda datang ketika waktu puncak, mungkin anda perlu menunggu pelanggan lain selesai makan bagi mendapatkan tempat duduk.

Waktu Operasi

Restoran ini dibuka setiap hari:

Isnin – Sabtu, 7:00 Pagi – 7.30 Malam

Ahad / Cuti Umum, 7.00 Pagi – 6:00 Petang.

Klik butang di bawah ini untuk mengetahui lokasi kedai.