No. #1 Makan Sedap Popular di Shah Alam, Selangor

Hai peminat Patin Tempoyak!!!

Nak rasa masakan Gulai Tempoyak Ikan Patin yang dimasak mengikut adunan resipi asli masakan kampung?

Kini anda tidak perlu lagi ‘travel’ hingga ke Temerloh semata-mata untuk merasa masakan ini kerana di Shah Alam pun sudah ada Restoran yang menyajikannya.

Berpengalaman lebih dari 15 tahun dalam masakan kampung dari Negeri Pahang, restoran ini boleh dikatakan Pakar dalam sajian Patin Tempoyak.

 

Haa…inilah tempatnya. Temerloh Catering. Premis yang terletak di Seksyen 15, Shah Alam. Bangunannya berwarna merah dari jauh sudah nampak.

 

Restoran ini juga mempunyai banyak cawangan yang lain di sekitar Lembah Klang. Sedikit sebanyak ia memudahkan pengunjung untuk makan Patin Tempoyak selalu.

Berikut adalah senarai cawangan mereka:

  1. Cawangan Seksyen 15, Shah Alam
  2. Cawangan Seksyen 13, Shah Alam
  3. Cawangan Glenmarie, Shah Alam
  4. Cawangan Bandar Baru Bangi
  5. Cawangan Wangsawalk, Kl

Ni nak cerita sikit. Apa yang ‘best’nya Gulai Tempoyak Ikan Patin di sini ialah resipinya yang asli dimasak ala ibunda di kampung. Rindu anda ke kampung pasti akan terubat bila memakannya.

 

Kuah tempoyaknya pekat. Ikan Patinnya pula hanya yang segar-segar saja dibawa khas dari Temerloh. Bila dimakan memang boleh rasa manis isi ikan tersebut.

Bau hanyir? Jangan risau. Tiada bau hanyir. Cubalah! Baru tahu rasanya bagaimana. Kebersihan dan kesegaran ikan Patin ini memang dijaga sebaiknya.

Dengan perkhidmatan yang pantas, pasti ia akan memudahkan anda sekeluarga untuk makan di sini. Jadi, makan dengan perlahan-lahan sambil menghirup kuah tempoyak okay. Bak kata slogan Temerloh Catering, “Kelazatan terasa hingga titisan tempoyak terakhir”. Fuhhh…sedap ya amat.

 

Selain Patin Tempoyak, makanan apa yang sedap di sini?

Usah bimbang, di Temerloh Catering ini juga disajikan nasi campur. Terdapat pelbagai lauk pauk disediakan. Antara makanan lain yang menjadi kegemaran pengunjung restoran ini ialah Puding Raja. Ia merupakan makanan tradisi orang Pahang.

Ikan Kerai goreng air asam juga menjadi sajian istimewa di restoran ini. Anda harus mencubanya.

Sekiranya anda mahu ke restoran ini, disarankan anda datang sebelum pukul 1:00 petang bagi mengelakkan anda sesak dengan pelanggan yang lain dan tiada tempat untuk makan.

Bagi yang datang dari jauh, rancang masa dan perjalanan anda agar dapat menikmati Patin Tempoyak dengan tenang bersama rakan-rakan atau keluarga.

Sekiranya anda ada bajet lebih, disarankan anda mencuba ketiga-tiga menu ini, Patin Tempoyak, Ikan Kerai Air Asam dan Puding raja.

Bagi peminat udang galah, sajian ini juga disediakan di restoran ini.

Klik butang di bawah ini untuk terus ke lokasi Restoran Temerloh Catering – PATINiers