Sudah makan malam ke?

Alahai.. Azuma cari makanan sedap di luar lagi.. Agak penat nak ke dapor.

Kali ni makan kat warong kegemaran kami. Restoran Cilimas Tanjung @ Seksyen 6 Kota Damansara Jalan Cecawi 6/19.

Kalau di sini, Azuma paling suka makan kuetiaw kung fu. Sungguh sedap kalau dimakan dengan hirisan cili api yang segar bugar. Berderap derap je kunyah cili api tu ha ha.

Hah .. Mampu tak?

kuetiaw kungfu

Kuetiaw digoreng dengan telur hingga rangup dan dicurahkan dengan kuah kungfunya yang likat dan rasa macam sup Sharkfin, sotong segar dan udang besar serta sayur bunga kubis, caroot dan sayur kailan yang rangup bila dikunyah.

Nampak tak sayur nya masih hijau segar? Tau tak perasaan masa makan tu? Hahaha.. Rasa berbaloi satu hidangan hanya rm5.Untuk “kuetiaw kungfu” yg sedap ni bole bagi 5 bintang!

Eh!! Jap… Nak makan dulu.. !! Untuk org Kota Damansara.. Free delivery dengan order minima rm7. Best!