Pengurus Syarikat Maut Tercekik Kuih Koci

Pengurus Syarikat Maut Tercekik Kuih Koci

JOHOR BAHRU 14 Julai – Seorang pengurus sebuah syarikat meninggal dunia selepas tercekik kuih koci ketika menikmati juadah itu di sebuah kedai makan di Jalan Nong Chik, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, kejadian berlaku pukul 10.30 pagi ketika mangsa, Mohd. Samsi Sapan, 56, yang berasal dari Kulai bersama-sama tiga rakannya sedang makan di kedai makan berkenaan.

“Mangsa telah tercekik semasa makan kuih koci dan tidak dapat bernafas. Mangsa telah dibawa oleh rakannya itu ke klinik berhampiran sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Aminah (HSA) di sini.

“Mangsa kemudian telah disahkan meninggal dunia oleh doktor. Pemeriksaan pada mangsa mendapati tiada unsur jenayah atau khianat ditemukan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Shahurinain berkata, kes diklasifikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Difahamkan, Mohd. Samsi yang juga ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Mersing datang ke kedai berkenaan selepas menziarahi jenazah bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Datuk Mohd. Ali Hassan di Taman Nong Chik, di sini

Sumber: Utusan Online

About The Author

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Makan Sedap TV

Loading...

Pin It on Pinterest