“Hang suka dak makan nasi ayam?” habaq lagu tu lah kalau org utara..

Nasi ayam ini merupakan satu makanan Malaysia yang sangat popular dimana-mana daerah. Ianya satu makanan lengkap yang ringkas. Ada sup, ada nasi, ada ayam, ada sayur dan kicap serta sambal.

Ada cara masak nasi ayam yang paling ringkas. Yang ni selalu Azuma masak untuk anak anak. Ni menu orang malas namanya.

Cara masak nasi ayam MALAS

  1. Cuci beras ikut suka sukatan anda. (tapi yang ni Azuma masak 3 pot beras untuk 4/5 orang makan)
  2. Titik 3 ulas bawang putih,
  3. Seinci halia di mayang
  4. Buah pelaga dan 3 kelopak bunga lawang
  5. Dua sudu butter
  6. Secubit kunyit serbuk untuk warna
  7. Daun pandan untuk bau
  8. Secubit garam utk rasa
  9. Dan seketul kiub ayam (ikut suka anda jenama apa saja)

Untuk nasi ayam ringkas ni tak payah lah nak tumis-tumis. Masukkan semua bahan dengan beras yang telah dibersihkan tadi. Tuangkan air kedalam beras seperti masak nasi biasa acuannya. Tapi awas, jangan terlebih air kerana butter akan melembikkan lagi nasi bila masak nanti.

Cara sediakan sup ringkas

  1. Titik dua ulas bawang putih.
  2. Titik sedikit halia
  3. Hiris sebiji bawang merah atau setengah biji bawang besar
    (2 biji buah pelaga dan dua kelopak bunga lawang jika ada)

Tumiskan semua diatas dengan sedikit minyak
Masukkan air dan setengah ketul kiub ayam serta didihkan.

Ayam?

Beli ayam golek dari pasaraya.. kan mudah!!

Sos?

Gunakan cili cos yg ada di rumah dan kicap cair jika ada.

Malas tak?  😉