Laksa merupakan antara makanan kegemaran rakyat Malaysia dan Asia, keunikan sajian ialah hampir setiap negeri di Malaysia memiliki versi laksa tersendiri, Singapura juga mempunyai versi mereka sendiri. ada yang rasanya hampir serupa ada yang lain sama sekali. Apa pun setiap jenis laksa ini memiliki keunikan tersendiri.

Terdapat pelbagai jenis laksa di Malaysia dan paling terkenal ialah Laksa Penang atau Asam Laksa. Sehinggakan ia telah diiktiraf antara 10 makanan tersedap didunia oleh CNN Food.

Gabungan rasa masam manis dan pedas membuatkan selera anda terbuka luas. Dan dibawah terdapat jenis-jenis laksa yang diketahui dan mungkin anda semua boleh mencuba semua jenis laksa ini.

Asam Laksa atau Laksa Penang

Berasal dari Pulau Pinang, walaupun kuahnya agak cair, tetapi ia padat dengan rasa, dan apabila digabungkan dengan timun,bawang,daun salad, nenas dan sebagainya, ia akan membuatkan anda mengidam lagi.

Laksa Kuala Perlis


Kuahnya agak pekat berbanding Laksa Penang dan tidak meletakkan nenas, namun rasanya tetap menarik, dan ramai sanggup ke Kuala Perlis hanya untuk menikmati laksa tersebut.
Laksam 

Berasal dari Kelantan. Kuahnya sedikit pekat dan keunikannya ialah ia menggunakan gulungan tepung beras yang dimasak sendiri di rumah, tidak semua mempunyai skil untuk membuat laksam ini.

Laksa Kelantan


Ia sama seperti laksam tetapi menggunakan laksa beras sebagai “laksa”nya.

Laksa Terengganu atau Laksa Kuah Putih

Kuahnya sedikit cair dari Laksam dan laksa Kelantan tetapi menggunakan laksa beras. Selalunya ia disajikan bersama sambal merah.
Laksa Sarawak
tinot-laksa-sarawak

Laksa ini agak berbeza kerana ia mengandungi makanan laut sinonim dengan orang sarawak yang mengemarkan makanan laut. Ia menggunakan mee kuning dan kuahnya seperti kari namun sedikit berlainan.

Laksa Kedah 


Rupanya seperti Laksa Penang, Namun rasanya berbeza dan tidak semasam laksa Penang.


Laksa Johor


Laksa ini sangat unik kerana ia menggunakan spagetti dan kuahnya seakan bolognese. Dilengkapi dengan timun, bawang,telur, taugeh,  lobak masin dan sambal merah.
Kari Laksa 

Berasal dari Melaka, Laksa ini juga dikenali sebagai Laksa Nyonya , ia menggunakan mee dan kuahnya sangat berlemak dan pedas. Tauhu kering, ayam, telur dan sebagainya melengkapkan hidangan ini.

Laksa Singapura 


Laksa ini seakan Laksa Nyonya tetapi dengan keunikannya tersendiri. Dilengkapi sayur tauhu, kerang, sambal, Kuahnya yang berkrim dan berlemak membuatkan anda mahu menambah satu mangkuk lagi.