Ada apa dengan Makan Sedap?

 

Makan Sedap adalah platfom media sosial yang fokus kepada perkara perkara yang berkaitan dengan makanan. Misi kami tertumpu kepada 2 perkara iaitu;

  1. Hanya makanan yang benar benar sedap
  2. Menjadikan makanan sedap itu viral

 

Makanan sedap seperti Sesungguhnya anda dalam kerugian jika tidak mencuba resipi martabak cina yang mendapat 8169 shares ini memang lazat padu terangkat harus di viralkan untuk pengetahuan penggemar penggemar jenis makanan tersebut.

Perkongsian mengenai kesihatan, kehidupan, kejayaan, keunikan dan kebudayaan yang berkaitan makanan juga ada di Makan Sedap. Ini penting kerana kita tidak lekang dari perkara berkaitan makanan setiap hari.

 

Kenapa saya perlu follow anda?

 

Sebagai syarikat media yang mempunyai misi, kami tidak lakukan viral semata-mata untuk kepentingan individu. Kami bukanlah sebuah laman surat khabar, laman web politik atau laman web hiburan kerana viral kami adalah untuk masyarakat dan lebih tepat untuk pengguna atau generasi internet yang dahagakan maklumat maklumat benar dan tepat berkaitan makanan serta perkongsian menghiburkan.

Kami percaya dengan membawa perkara perkara positif, ia dapat memberi inspirasi kepada orang ramai terutama kepada para penggemar makanan sedap di seluruh Malaysia. Secara tidak langsung dapat memberi peluang kepada peniaga atau pengusaha makanan untuk berusaha lebih gigih dan berdaya saing.

Adakah konten anda boleh dipercayai?

 

Setiap konten yang kami paparkan akan ditapis terlebih dahulu. Kami akan pastikan semuanya adalah fakta, statistik dan mengesahkan dari pelbagai sumber media utama, televisyen, surat khabar dan lain-lain.

Walau bagaimanapun, kadang kadang konten kami mungkin membawa fakta yang tidak tepat atau membawa kepada kekeliruan. Dan jika ini berlaku, kami akan perbetulkannya;

  • Kami akan menilai semula dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Ini termasuk mengubah konten berkenaan, perbetulkan keadaan, remove jika perlu dan memuat naik permohonan maaf.
  • Seterusnya kami akan lakukan perkara yang sama di laman media sosial kami seperti Facebook, Twitter, Instagram dan sebagainya.

 

Bagaimana saya mahu menghubungi anda?

 

Setiap idea dan pendapat anda amat kami hargai. Anda mungkin mempunyai minat dan pengetahuan yang luas tentang makanan dan perkara yang berkaitan. Anda boleh menghantar sebarang pertanyaan, idea atau pendapat tentang laman web Makansedap.my ke inbox Facebook kami atau menggunakan borang ini.

Kami tidak berjanji untuk membalas setiap mesej anda, tetapi setiap mesej anda akan kami baca sekiranya mesej tersebut tidak masuk spam box.

Bagaimana jika saya mahu bantu anda?

 

Terima kasih! Anda memang follower kami yang hebat.. Anda tidak perlu lakukan perkara perkara yang sukar. Malah, kami amat hargai kerana anda selalu membaca di Makansedap.my. Namun, ia adalah satu usaha yang penting bila anda share konten dari Makansedap.my kepada rakan rakan anda..

 

Pin It on Pinterest