Anda masih bujang dan tiada masa untuk memasak? Itu semua bukan alasan lagi kerana kami akan berkongsi resipi mudah, ringkas dan sedap untuk anda. Walaupun anda baru belajar memasak, itu bukan suatu masalah kerana resipi ini sangat mudah dan tanpa bahan yang banyak.

 

  1. Pizza roti Gardenia

Bahan-bahannya:

  • Tepung secukup rasa
  • Sebiji telur
  • Sepaket rencah nasi goreng, tak kisah perisa apa
  • Secawan air panas
  • Secawan air sejuk
  • Ikan bilis goreng

Cara-cara membuatnya:

Campurkan telur, tepung, perencah, air panas dan air sejuk. Pastikan adunan tidak terlampau pekat, jika pekat sila tambah air sejuk. Masukkan ikan bilik dan gaulkan dengan rata. Gorengkan ke dalam minyak yang panas dengan cara menggunakan sudu atau tangan dalam bentuk jemput-jemput.

 

  1. Roti John

Bahan-bahannya:

  • Telur
  • Serbuk perasa
  • Lada putih
  • Daun sup
  • Bawang putih goreng
  • Sosej, filet ketam, atau daging burger (ikut apa yang ada di dalam peti ais)
  • Kobis yang diracik halus

Cara-cara membuatnya:

5 biji telur atau lebih dikocak rata. Campurkan dengan serbuk perasa, daun sup, bawang putih yang telah digoreng dan lada putih. Kemudian, masukkan isi seperti sosej atau daging burger. Masukkan sekali kobis yang telah diracik halus dan goreng seperti telur dadar. Selepas itu, tempelkan pada roti. Akhir sekali boleh tambah perisa sos atau mayonis.

 

  1. Jemput-jemput bilis goreng

Bahan-bahannya:

  • Tepung secukup rasa
  • Sebiji telur
  • Sepaket rencah nasi goreng, tak kisah perisa apa
  • Secawan air panas
  • Secawan air sejuk
  • Ikan bilis goreng

Cara-cara membuatnya:

Campurkan telur, tepung, perencah, air panas dan air sejuk. Pastikan adunan tidak terlampau pekat, jika pekat sila tambah air sejuk. Masukkan ikan bilik dan gaulkan dengan rata. Gorengkan ke dalam minyak yang panas dengan cara menggunakan sudu atau tangan dalam bentuk jemput-jemput.

 

  1. Maggie goreng sempoi

Bahan-bahannya:

  • Maggi – rebus hingga lembut
  • Daging / ayam
  • Sosej
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili api / cili mesin
  • Perencah maggi kari
  • Kobis
  • Telur
  • Sedikit kicap – untuk menggelapkan sedikit warna maggi

Cara-cara membuatnya:

Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili api. Ketepikan. Panaskan minyak dan goreng daging atau ayam sehingga masak. Masukkan bahan-bahan tumbuk dan tumis sehingga wangi dan masukkan perencah Maggi. Masukkan juga sedikit kicap dan sayur. Pecahkan telur ke dalam kuali. Masukkan Maggi yang telah direbus dan kacau sehingga rata. Siap untuk dihidangkan.

 

  1. Nasi goreng Ayahanda

Bahan-bahannya:

  • 6 cawan nasi putih
  • 3 sudu besar udang kering – direndam seketika, kemudian dibasuh dan ditoskan.
  • 3 biji telur
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 3 ulas bawang putih dihiris
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 biji cili merah dihiris
  • Garam, gula dan perasa
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara membuatnya:

Masukkan garam, gula, dan perasa ke dalam nasi dan gaulkan rata. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih yang dihiris beserta dengan udang kering. Kacau sehingga naik bau dan bawang kekuningan. Jangan sampai rentung. Kemudian pecahkan telur ke dalam kuali. Kacau telur sehingga sebati dengan bahan-bahan tumisan. Masukkan nasi, cili merah, dan lada hitam. Gaulkan sehingga sebati.

 

  1. Ayam goreng kunyit comel

Bahan-bahannya:

  • Ayam yang dipotong kecil
  • Serbuk kunyit
  • Serbuk cukup rasa
  • 3 ulas bawang merah
  • 4-5 tangkai cili padi
  • Sedikit halia
  • Sedikit garam
  • Minyak untuk menggoreng
  • Tambahan : Bawang putih 2 ulas, dan cili merah.

Cara-cara membuatnya:

Bawang merah, cili padi, halia dihiris halus dan etepikan. Perapkan ayam dengan serbuk kunyit dan serbuk cukup rasa selama beberapa jam. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing. Guna minyak yang sama, masukkan bawang merah, cili padi, halia dan sedikit garam jika mahu. Kalau nak tambah bawang putih dan cili merah pun cun. Hidangkan dengan nasi panas.

Senang, bukan? Apa tunggu lagi, cubalah.

 

Sumber: http://says.com/my/seismik/resipi-mudah-si-bujang-mesti-tahu-masak